Paling tidak terdapat 10 kunci pembuka rezeki
yang perlu di lakukan secara serius oleh setiap individu mu’min berdasarkan
panduan Al-Qur’an dan al-hadits sebagaimana yang tersebut dalam buku ‘Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan kitab
Al-Qur’an dan As-Sunnah’ oleh Doktor Fadhl llaahi, yaitu :
Kunci Rezeki Yang ke-1: Istighfar
dan Taubat
i. Hendaklah dia menahan diri dari melakukan
maksiat (tidak mengulanginya lagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap
keterlanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak
mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak tuannya.
Hendaklah memulangkan semula harta kepada tuannya atau meminta maaf atau
meminta kemaafannya. Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama, maka
taubatnya adalah tidak sah.
Kunci Rezeki Yang Ke-2: Taqwa
Memelihara diri dari perkara yang
menjerumuskan dosa; dan yang demikian di peroleh dengan meninggalkan perkara
yang haram. Manakala ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan
sebagian perkara yang harus (mubaah).
Kunci Rezeki Yang Ke-3: Berserah
Diri (Tawakal) kepada Allah.
Berserah diri itu bukanlah meninggalkan usaha
(bekerja keras); dan sungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras,
bersungguh-sungguh dan berusaha mencari sumber pendapatan. Akan tetapi
janganlah pula berpegang kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata
(tanpa memohon kepada Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahwa
semua perkara itu adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah
dari Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Kunci Rezeki Yang Ke-4: Beribadah
kepada Allah Sepenuhnya.
Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan
usaha kehidupan dan duduk dalam masjid malam dan siang, tetapi apa yang
dimaksud adalah menghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’
dan tunduk kepada Allah Yang Maha Esa, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan
merasakan bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Rabnya yang maha Agung lagi
Maha Berkuasa.
Kunci Rezeki Yang Ke-5: Melanjutkan
Haji Dengan Umrah Atau Sebaliknya
Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu di
antara keduanya bersambungan, yaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah
diikuti dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu
berhaji; kerana keduanya saling melanjutkan (jika mampu).
Kunci Rezeki Yang Ke-6: Menyambung
Silaturrohim
Kata silaturrohim (menghubungi keluarga)
adalah berlaku baik kepada keluarga atau kerabat yang mempunyai pertalian
keturunan dan sebab hubungan perkawinan; juga hendaknya bersifat lemah-lembut
dan bersimpati kepada mereka dan mengawasi keadaan-keadaan mereka.
Kunci Rezeki Yang Ke-7: Berbelanja
Di Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja
yang dianjurkan dalam Agama seperti berbelanja kepada orang fakir dan
berbelanja di jalan Allah untuk menolong Agama (Islam).
Kunci Rezeki Yang Ke-8: Berbelanja
Kepada Penuntut Ilmu Islam.
Berbelanja kepada penuntut ilmu atau
orang-orang yang menghabiskan waktunya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’).
Kunci Rezeki Yang Ke-9: Membantu
Orang Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan
membantu dan menolong orang-orang fakir (yaitu sangat miskin atau orang yang
memperoleh pendapatan yang serba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi
siapa yang berbuat demikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan
orang-orang Kaafir) dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).
Kunci Rezeki Yang Ke-10: Berhijrah
Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam
ar-Raaghib Al-Ashfahaani Radhiyallohu'anhu ialah “jalan keluar dari Negara
kufur (syirik) ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah
dari kota Mekah ke kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid
Muhammad Rasyiid Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi
menegakkan AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di
mana orang-orang Mu’min hendaknya menolong orang-orang yang dizalimi
orang-orang Kafir.”
(Sumber : alquran-sunnah.com)
#SPUBerbagi
0 comments:
Post a Comment